Cara promosi offline dan online

Cara promosi offline

Ada berbagai cara untuk mempromosikan secara offline. Disini saya mencadangkan anda untuk menggunakan teknik ini.




1. Senaraikan kesemua nama orang2 yang anda kenal seperti nama2 dalam senarai handphone anda, jiran2, rakan2, saudara mara dan sesiapa sahaja yang anda kenal. Tuliskan dalam satu kertas panjang, nama dan no telefon mereka.


2. Call mereka dan beritahu mereka yang anda ada satu peluang perniagaan yang besar dan amat menguntungkan. Anda ingin kongsikan dengan mereka dan mengajak mereka menjadi rakan perniagaan ini. Beritahu mereka yang anda ingin berjumpa mereka dengan kadar segera.

3. Jumpa mereka dan present kepada mereka secara berdepan. Gunakan sekeping kertas kosong. Terangkan hanya mengenai simkad ToneExcel. Seperti,
* ToneExcel ini bekerjasama dengan TuneTalk, Air Asia dan Celcom. Toneexcel menggunakan pencawang Celcom.
* Modal untuk memulakan bisnes ini adalah RM95.40 dimana kita akan mendapat sekeping simkad, kredit RM30 dan 1G data untuk sebulan.
* Rate untuk simkad ToneExcel adalah 28 sen seminit untuk panggilan, 10 sen utk sms, dan RM38 utk 1G data.
* Promosi yang diberikan ketika ini adalah topup RM30 dapat percuma 1G.
* Topup RM50 dapat percuma RM20 kredit.
* Bagaimana kita boleh mendapat keuntungan yang banyak dalam bisnes ini. Ceritakan 6,3 dan 11% sahaja.

4. Akhir sekali, tanya pendapat dia tentang peluang ini. Jika dia nampak seperti yang anda nampak, terus galakkan mereka bermula dengan 2 keping simkad dahulu. Satu untuk dia belajar bagaimana untuk mendaftar dan mengaktifkan diri mereka sendiri, dan sekeping lagi untuk dia menerangkan kepada orang yang paling rapat sekali dalam kehidupan mereka. Contohnya seperti isteri. Beritahu mereka, jangan paksa isteri masuk bisnes ini, tetapi terangkan tentang peluang bisnes ini.

5. Ajarkan mereka aktif dan register simkad tersebut dengan cara sms dan hantar ad kepada 014-705 7769. Jangan anda registerkan mereka, jika tidak mereka tidak tahu betapa mudahnya untuk registerkan simkad. Jika mereka tahu ia begitu mudah, maka mereka pun boleh bergerak menjadi pengedar juga.

6. Kejayaan anda bergantung kepada 2 perkara. Pertama, cara anda bercakap ketika membuat presentation. Anda mesti kena bercakap dengan penuh semangat, jangat lembik2 dan tidak meyakinkan. Kedua, berapa cepat anda berjumpa kesemua orang didalam list tersebut.

7. Jangan sekali-kali patah semangat jika, anda menerima penolakkan untuk kali pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Sebab anda baru lagi, SUDAH TENTU anda akan menerima banyak penolakkan. Cuma jangan lupa, samada orang join atau tidak, bukan kerja anda, kerja anda HANYALAH berkongsi peluang bisnes ini kepada senarai nama yang ada pada kerta panjang tersebut.

8. Sudah pasti anda akan menerima banyak soalan yang anda sendiri tidak tahu, almaklumlah, anda sendiri pun baru join. Jika anda menerima soalan2 yang anda tidak tahu, jawab sahaja "Tak Tahu", jangan cuba2 nak jawab. Itu yang saya sering amalkan, bila akhirnya orang tanya saya, apa yang kamu tahu? Saya akan jawab saya hanya tahu bagaimana buat duit dengan bisnes ToneExcel ini.

9. Ulang semula proses ini sehingga selesai kesemua senarai nama yang ada pada kertas panjang anda.

10. Mulai hari ini, berhenti menyembang dengan orang lain mengenai perkara2 yang tidak mendatangkan faedah. Cerita tentang kelebihan simkad dan bisnes ToneExcel ini sahaja. Anda tidak perlu ajak mereka pada bisnes ini, sekadar berkongsi cerita2 mengenai toneexcel sahaja. Ingat, jangan ajak mereka sertai toneexcel, kecuali mereka sendiri buka mulut untuk join. Anda kena bersembang sehingga orang panggil nama anda seperti ini, Ali mana? Tu la Ali ToneExcel. Joyah mana? Sapa lagi kalau bukan Joyah ToneExcel. Jika orang sudah memasukkan dan menggabungkan nama anda dengan ToneExcel, maka, itu adalah tanda2 awal yang anda sudah tidak boleh elak lagi untuk mendapat income yang banyak didalam toneexcel ini..


Cara promosi online  


Disini saya boleh mencadangkan kepada anda beberapa cara untuk anda membuat promosi secara online menggunakan facebook. Tetapi jika anda mempunyai cara sendiri, sila gunakannya. Yang penting adalah promosi. Jika kita berhenti promosi maka berhentilah perniagaan kita.

Cara Manual:
1. Anda hanya perlu ada akaun facebook
2. Jika ada orang yang nak berkawan dengan anda, (Request Friend), terima semuanya "Confirm"
3. Join dalam lingkungan 10-15 group facebook (gfb) yang mempunyai ahli lebih daripada 50,000
4. Setiap hari update sekali kedalam timeLine anda sendiri dengan mempromosikan web replika anda sendiri.
5. Teknik beriklan kedalam group gfb:
a. Setiap iklan ke dalam gfb mesti diselangkan sekurang2nya 2 minit sebelum beriklan ke gfb seterusnya. Jangan buat serentak.
b. Anda boleh beriklan seberapa banyak group yang telah anda join.
c. Letakkan gambar yang ada no contact dan nama website anda.
d. JANGAN letak apa2 link atau link webreplika didalam iklan anda.
e. Tiru iklan orang lain yang mendapat respond yang tinggi, tapi ubah2 la sikit, jangan tiru serupa.

Cara menggunakan Robot Iklan Pertama:
1. Menggunakan software Hootsuite.
a. Kos bulanan sebanyak USD8.99 sebulan. (Gunakan yang Pro)


Kelebihan menggunakan software
1. Kita boleh beriklan serentak kesemua facebook, group, fanpage, twitter, linked milik kita sendiri.

2. Kita boleh jadualkan iklan kita ke semua TimeLine facebook kita dengan maxima 350 iklan untuk satu akaun profile. Jadi tak perlu penat2 setiap hari nak buat iklan dalam TimeLine kita.

3. Hootsuite memberikan 50 akaun profile untuk setiap satu akaun Hootsuite Pro. Jadi anda boleh gunakan selebihnya untuk membantu rangkaian anda sendiri.

Keburukkannya:
1. Tak boleh beriklan kedalam group orang lain, kecuali group sendiri sahaja.
2. Mahal, kena bayar lebih kurang RM35 setiap bulan.

Cara-cara nak setting Hootsuite-Pro



1. Tempat anda memasukkan facebook account anda.
2. Add social network. Cara memasukkan facebook account anda. Untuk memudahkan anda memasukkan satu persatu account Facebook, buka dahulu page facebook anda di-tap baru. Selepas berjaya, logout tap fb anda, dan login facebook kedua anda dan klik add social network dan masukkan akaun kedua pula, buatlah seperti ini sehingga kesemua account facebook, fan page dan group fb anda sendiri berjaya dimasukkan.
3. Tempat anda meletakkan iklan anda.
4. Tempat untuk kita setting jadual bila iklan itu mahu dikeluarkan dalam TimeLine kita.
5. Tempat untuk anda lihat, tambah atau delete semua account facebook yang sudah dimasukkan.

Antara perkara pertama yang anda kena betulkan dahulu adalah, masa:

Klik di Publisher, lihat dibawah sekali, pastikan yang anda menggunakan (GMT+8) Asia/Kuala Lumpur.
Selepas itu, mula memasukkan social media account anda kedalam hootsuite.

Cara untuk mememasukkan akaun facebook anda, klik di Stream (Yang gambar rumah kecil tu).
Klik di + Add Social Network
Tapi sebelum itu pastikan anda telah buka terlebih dahulu satu akaun facebook anda di "tab" sebelah.
Bila dah berjaya memasukkan, Logout akaun fb, dan login akaun fb yang kedua,
klik semula + Add Social Network dan masukkan akaun fb ke dua, begituah seterusnya untuk anda memasukkan kesemua yang ada, seperti akaun fb, group fb yang anda sebagai adminnya, fanpage anda sendiri, akaun twitter, linkedin dan lain2 lagi.

Teknik menjadikan iklan anda Auto-Pilot, berjalan dengan sendirinya.
Disini anda boleh belajar cara untuk memasukkan iklan untuk jangan masa 1 bulan.
    a. Mula-mula anda download dahulu file iklan ini, ia dalam format excel.
    b. Buka file tersebut, ubah tarikh yang sesuai, dan ubah id keseluruhan iklan tersebut.
    c. Save as file tesebut dalam format CSV
    d. Masukkan kedalam hootsuite melalui Bulk message uploader (6).
    e. Pastikan format tarikh adalah betul dimana hb adalah dihadapan.



Cara menggunakan Robot Iklan Kedua:

1. Menggunakan software OCommunity.
a. Kos sebanyak USD50.00 sekali seumur hidup.

Kelebihannya:
1. Anda boleh setting untuk software ini join group seberapa banyak yang anda mahu.
2. Ia boleh beriklan kedalam group sehingga 1 minit 1 group yang berlainan.
3. Murah sekali bayar sahaja.

Keburukkannya:
1. Anda kena buka komputer selama program ini sedang berjalan.
2. Tidak boleh buat scheduling iklan tanpa membuka komputer, hootsuite boleh.

Selepas itu anda sudah boleh menggunakan Ocomm untuk menembak iklan anda dalam kesemua group2 yang telah anda join.

p/s Saya dalam proses untuk buat video cara2 menggunakan Ocomm ini. Kalau dah siap, saya akan uploadkan dalam website ini. Tetapi kalau anda rajin, boleh cari sendiri didalam youtube.



No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger